Sunday, January 16, 2011

40 Senjata Iblis- Cinta Dunia



SENJATA Syaitan yang kedua yang ada dalam diri kita ialah Cinta Dunia.Cinta dunia merupakan penyakit akhir zaman yang membuat umat Islam lemahbagaikan buih di lautan.Kesan dan akibat cinta dunia adalah hubbudunya dan karahiyatulmaut ,iaitu cintakan dunia dan takut mati.



Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati"



 Bahaya Cinta Dunia


Al-Hasan Al-Basri ?Rahimahullah berkata:


?Barangsiapa cinta dan senang dengan dunia pasti hilang dari hatinya takut akan akhirat. Barangsiapa yang bertambah ilmunya kemudian bertambah pula ketamakannya terhadap dunia, tidak akan bertambah dari Allah melainkan jauh dan tidak akan bertambah pula dari Allah melainkan benci.?


Doktor Agama dan Penyakit Agama


Sufyan Ats-Tsauri ?Rahimahullah berkata:


Ulama adalah doktor agama dan dirham (harta) adalah penyakit agama. Apabila doktor telah berani memasukkan penyakit ke dalam dirinya, maka adakah  dia boleh mengubati orang lain?


Allah SWT berfirman,


“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, … Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS. Al-Hadiid 57: 20).


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan buku 40 senjata Iblis diatas boleh hubungi saya 013-6132741 harga buku rm18.00  pos malaysia rm10.00 (rm28.00)
 Nota :  Pengunjung yang budiman sila tinggalkan sepatah dua ayat untuk kita kongsikan bersama ilmu di   dada.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...